Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan yg diberkati, di mana Allah telah menfardhukan puasa ke dalamnya.
Dibukakannya pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka, ditambatkannya syaitan-syaitan.
Padanya suatu malam yang lebih baik dari seribu malam, siapa yg dihalang kebaikannya sebenarnya telah dihalang kebaikan yang banyak."
(hadith oleh Ahmad al-Nasai’e oleh Abi Hurairah)
*
*
*
*
*
*
*
*
Halim dan Nik..
di Shalahuddin Al-Ayyubi dan Saladin Citadel, Mesir.
“The Citadel”.. orang banyak menyebutnya begitu.. sebuah benteng peninggalan panglima hebat Shalahudin Al Ayubi.
Siapakah Shalahuddin Al-Ayyubi, sosok karismatik yang sangat terkenal dengan keberanian, kelembutan dan kesolehannya?
Pernahkah anda menonton "The Kingdom of Heaven"?
Ya.. itulah serba sedikit keindahan sifat Shalahuddin Al-Ayyubi yang digambarkan oleh Hollywood, bagaimana seorang panglima perang yang hebat yang sangat menghindari pertumpahan darah.
Shalahuddin Al-Ayyubi membangunkan sebuah benteng yang sekarang ini dikenali sebagai "The Citadel" untuk melindungi Mesir daripada pasukan salib.
Benteng ini dibangunkan antara Kota Kaherah dan Fustat, membentang di atas Bukit Muqatam.
Shalahuddin Al-Ayyubi membentengi seluruh kawasan ini pada sekitar tahun 1176 sebagai sebuah benteng pertahanan.
Shalahudin memimpin selama 24 tahun tetapi disebabkan perang salib, beliau hanya tinggal di Mesir selama 8 tahun sahaja.
"The Citadel" ini seolah-olah menjadi sebuah kota tersendiri (mandiri) dan berfungsi sebagai pusat pemerintahan selama kira-kira 700 tahun.
Konon dalam sebuah riwayat pasukan Shalahuddin Al-Ayyubi jauh lebih sedikit.. namun hanya menyertakan perajurit-perajurit yang solat berjemaah, selalu membaca al-quran, tidak pernah meninggalkan solat tahajjud, dan yang kuat dalam amalan agama.
Kemenangan sesungguhnya datangnya daripada Allah, bukan dari kekuatan atau kelengkapan senjata dan pertolongan Allah itu datang kerana kesempurnaan Iman dan Amal.
Subhanallah..
2 comments:
subhanallah... selamat berpuasa kepada semua BRC member's
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua BRC members...semoga bertambah amal ibadat kita di bulan yang mulia ini
Post a Comment